Sunday, April 26

sambungan..

dalam dunia ini, semua benda yang dimiliki tidak mustahil boleh hilang dan musnah.seorang jutawan yang memiliki harta sehebat gunung, boleh jadi papa kedana dalam sekelip mata.tiada apa yang terkecuali dari sebarang kemungkinan.kalau iman yang ada dalam rohani kita pun boleh bertambah dan berkurang,apatah lagi benda lain. memang tiada apa yang boleh dikatakan sebagai milik kekal..maka KEMERDEKAAN dan KEBEBASAN yang kita nikmati sekarang ini pun boleh lenyap dari genggaman setiap dari kita.segala gelak ketawa dan peluang dalam melakukan segala benda yang kita suka dalam hidup boleh musnah dengan sekelip mata.kita boleh hilang merdeka fizikal dan jiwa dengan cara yang amat mudah sekali, iaitu ALPA.kita kadangkala terlampau gembira dengan hidup sampai tak sedar kealpaan telah menghanyutkan rasa waspada terhadap musuh2 agama dan bangsa dalam negara kita.kita bersorak sorai menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang hati minta.bershoping, berjalan2 dan melakukan semua aktiviti demi memuaskan kehendak fikiran moden kononnya, sedangkan kita tak sedar musuh2 berusaha 24 jam sehari memikirkan cara terbaik untuk menghancurkan keislaman dan kedaulatan bangsa kita..kita ingat tiada siapa yang jadi musuh kepada kita.sebenarnya silap..Tuhan sudah berfirman bahawa kaum Yahudi dan Nasrani serta kuffar tidak akan sekali2 redha dengan hidup kita selagi kita tak jadi sebahagian dari agama mereka..ingatlah,sesekali bergerak ke depan, tolehlah kebelakang memikirkan kedudukan bangsa sendiri berada di takok mana..lakukanlah sesuatu.jika tak mampu dengan perbuatan, lakukanlah dengan percakapan dan penulisan.jika tak mampu juga, jadilah insan yang tahu membezakan kepentingan agama dan bangsa dari kepuasan hati dan keseronokan semata2.amat risau tentang bangsa sendiri.selalu terfikir dan memikir.percakaran dan sikap bunuh membunuh sesama sendiri makin lama makin membuak di negara kita.masing2 mengatakan prinsip yang dipegang adalah yang terbaik dan pegangan orang lain adalah karut.anggap diri sendiri saja yang betul dan orang lain salah belaka.masa diguna untuk fikir apa cara nak jatuhkan dan musnahkan hidup si musuh politik yang jelas seugama dengan diri sendiri. apakah mereka tak sedar terlalu banyak musuh nyata yang sedang mengintai peluang untuk menghancurkan kita?apakah kita tak belajar dari sejarah? Malaysia bukan hanya terdedah dengan musuh luar, tapi yang paling bahaya adalah musuh bertopeng musang berbulu ayam.jangan terlalu ghairah memusnahkan sesama sendiri akhirnya tanah air tergadai.musuh yang lagak seperti kawan memang terlalu banyak.UMNO dan PAS berperang, bangsa lain dapat laba.siapa menang pun tak guna kalau yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.orang lain bersorak gembira dapat kuasai negara, kita akhirnya merana hilang daulat dan merdeka..contoh terdekat, Singapura.manusia hanya boleh menjadi matang dalam pemikiran apabila menguasai pelbagai cabang ilmu dan pengalaman.kematangan kerap diukur dari sejauh mana rasional tindakan yang diambil apabila timbulnya sebarang isu.keberkesanan tindakan dalam menyelesaikan sebarang masalah adalah penanda paras kematangan pemikiran manusia. dan kebijaksanaan dalam menentukan keputusan tak akan wujud tanpa ilmu di dada.kita memerlukan pelbagai ilmu untuk persiapan diri menghadapi musuh2 agama dan negara yang bermacam2 jenis.kalau bukan dibahu kita sendiri untuk menggalas tanggungjawab memelihara keluarga dan agama, pada siapa lagi untuk kita serahkan? tiada pilihan.pelajari ilmu dunia dan akhirat, ilmu politik dan kenegaraan, ilmu sains dan sosial, dan pelbagai ilmu lain kerana ia adalah wajib.semua ilmu yang pelbagai adalah saling berkait antara satu sama lain.tiada hak untuk memilih mana satu yang mahu dan mana satu yang benci.kalau ingin negara kekal merdeka, maka tiada pilihan bagi kita.tak ingin aku melihat bangsa ini seumpama palestin!

No comments: