Sunday, April 26

Hak anda dinafikan

Malaysia aman makmur setakat hari ini..hidup kita memang selesa, segala keperluan harian dan aktiviti2 sosial boleh kita lakukan tanpa ada sebarang sekatan dan halangan dari mana2 pihak pun..kita belajar, mencari rezeki dan membina silaturrahim sesama kita tanpa ada rasa takut apa yang dimiliki dalam hidup akan dirampas manusia lain..boleh dikatakan kita memang bertuah dapat melakukan apa saja yang kita mahu.hidup kita serba mewah, dapat bergelak ketawa dan bergurau senda dengan keluarga saudara mara dan kawan2.di kampung atau di bandar, tak ada siapa pun yang berani mengatakan ' hak anda dinafikan!!'berbeza sama sekali dengan insan2 seugama yang berada di bumi PALESTIN.anak2 kecil dihidangkan dengan 'kemesraan' bom dan peluru pembunuh yahudi, golongan tua dan tiada upaya 'dipuaskan' dengan sekatan dan penghinaan maruah dan jati diri.golongan wanita dan remaja perempuan 'dimandikan' dengan ancaman rogol, cabul dan kerosakan harga diri.remaja lelaki 'dihadiahkan' dengan ugutan bunuh dan bunuh tanpa henti, seumpama nilai hidup lebih hina dari binatang..semua saudara seugama ini di anggap dan dilabel sebagai pengganas oleh puak zionis laknatullah.mereka tidak memiliki sebarang rasa kepuasan hidup seperti insan lain.tiada gelak ketawa, tiada gurau senda, tiada tempat untuk mereka belajar dan mencari sesuap rezeki, tiada ruang langsung untuk mencari erti kebahagiaan di dunia..mereka tiada semuanya! mereka berkira2 bilakah giliran antara mereka untuk maut terkena bedilan peluru dan ledakan bom yang ditujukan tepat ke rumah tempat bersembunyi.dan mereka hidup hanya untuk mati.tiada definisi nilai kemanusiaan untuk mereka.mereka terpenjara dalam tanah air sendiri..mereka dilayan seumpama ini, dihina sedemikian rupa adalah kerana mereka tidak ada satu perkara iaitu KEMERDEKAAN!kalaulah dulu kita tak dapat merdeka dari kolonial British, apakah agaknya akan jadi pada kita sekarang. rasanya mungkin lebih teruk dari orang palestin.mungkin aku sekarang tengah mengemis dibumi sendiri.meminta2 belas kasihan dari penjajah dan pembunuh.mungkin orang melayu sekarang tengah berkira2 siapakah yang akan menjadi mayat yang berikutnya.mungkin orang melayu tak pernah rasa apa itu ilmu dan harta. mungkin melayu tak pernah nikmati apa itu erti lazat pada makanan yang dijamah.mungkin juga maruah melayu sekarang tak ada harga, dijijak dan dicerca.mungkin melayu sekarang dihina agama dan adat resam sehingga hilang jati diri dan asal usul keturunannya.mungkin sekarang kita dalam ketakutan dan sedang mengutip saki baki makanan yang 'dimuntahkan' bangsa penjajah kepada kita demi mengelak kebuluran..mungkin sekarang wanita2 melayu sedang bersembunyi di balik2 runtuhan bangunan dan rumah kosong dek takutkan rogol dan perkosaan.hidup kita tak tumpah macam neraka bumi palestin..nak begitu??

No comments: